Bumi Allah sungguh luas, Bumi Allah sungguh indah.
Islam menggalakkan kita semua untuk mengembara, mencari, menghayati serta mendalami setiap ciptaan Allah diatas muka bumi ini untuk hamba-Nya berfikir dan mengkaji.
Di dalam surah Al-Furqan ayat 62, Allah S.W.T berfirman:
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا
Maksudnya: “Dan dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu)”.
Maka, kami di pihak AJAQ Global Travel & Tours, telah mengambil satu inisiatif untuk mengembara di Bumi Allah ini, bagi mendalami pengahayatan Islam dalam setiap perjalanan yang dilalui oleh kami yang dinamakan konsep EduTrip