Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.
Niat Ihram, Tawaf dan Sa’i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa’i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.
Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9, 10, 11, 12 di mana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 JADUAL KEEMPAT (Subperenggan 6 (1)(m)(ii))
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN) 1992
Terma Dan Syarat Seragam Bagi Pakej Pelancongan Ke Luar Negeri.
1. Deposit Pelancongan
Deposit maksimum sebanyak 25% daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar sebagai fi penempahan. Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) dan 21 hari bagi pakej pelancongan berkumpulan, Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucutan deposit.
2. Caj Pindaan
2.1 Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)
2.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
3. Caj Pembatalan Bagi Pembatalan Yang Dibuat Oleh Anggota Pelancongan
Pembatalan Diterima
15-29 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
3-7 had bekerja sebelum tarikh berlepas
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas
Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
50% daripada deposit pelancongan
20% daripada tambang pelancongan
40% daripada tambang pelancongan
100% daripada tambang pelancongan
3.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
5-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas
Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
Perlucutan deposit pelancongan
35%,daripada tambang pelancongan
50% daripada tambang pelancongan
75% daripada tambang pelancongan
100% daripada tambang pelancongan
3.2.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.2. (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertaktuk kepada Tema dan Syarat Syarikat Penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dari tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung)
4. Pembatalan OIeh Syarikat
4.1 Pakej Pelancongan FIT
4.2 Pakej Pelancongan Berkumpulan
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM50.00.
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM75.00.
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM100.00 seorang.
5. Dokumen Perjalanan
5.1 Tanggungjawab Anggota Pelancongan
Anggota pelancongan mestilah mempunyai:
(a) pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal;
(b) visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati.
5.2 Tanggungjawab Syarikat
Syarikat mengaku janji untuk-
(a) menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan;
(b) mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walau bagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana- mana permohonan visa.
5.3 Fi dan Caj Yang Relevan
Caj perkhidmatan dan fi visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota
pelancongan.
5.4 Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan
Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak fi pentadbiran akan dibayar balik.
5.5 Penolakan Kemasukan
Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.
6. Maklumat Lawatan dan Harga
(1) Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia memberitahu pelanggan dengan sewajarya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.
(2) Syarikat berwaspada bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:
(a) Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.
(b) Penginapan hotel, berdasarkan:
(c) Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
(d) Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.
(3) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah:
(a) Dobi;
(b) Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim;
(c) Rombongan pilihan;
(d) Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan
(e) semua perkara persendirian
7. Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.
8. Bagasi
Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli perlindungan insurans yang mencukupi.
9. Kemungkinan Pertukaran
Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan laluan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.
10. Hak Untuk Menolak Penempahan
Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima tau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan fi perkhidmatan dan fi pembatalan.
11. Tanggungjawab Syarikat
Syarikat dan ejen bersekutunya hendaklah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam brosur mereka. Syarikat hendaklah membayar pampasan yang sesuai ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Pesuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam brosur dan perjanjian.
12. Insurans Perjalanan
Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.
Terma & Syarat Tambahan
Bakal Jemaah Dinasihati Untuk Mengelakkan Menjadi Mangsa Penipuan
ATURCARA PAKEJ
1. Tiada Jaminan Kesesuaian Aturcara
Walaupun AJAQ GLOBAL TRAVEL AND TOURS SDN. BHD. (selepas ini dirujuk sebagai AGTTSB) berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik, AGTTSB tidak memberi jaminan bahawa semua aturcara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik. AGTTSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti sekiranya timbul sebarang masalah, kesakitan, kecelakaan atau kematian akibat dari mana-mana bahagian aturcara pakej yang anda ikuti samaada aturcara tersebut dinyatakan di dalam surat pengesahan, iklan atau brosur AGTTSB atau aturcara pilihan anda sendiri. Anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikut pakej AGTTSB.
2. Kemungkinan Pertukaran Aturcara
Tertakluk kepada peraturan 9 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, sekiranya berlaku pertukaran aturcara dan AGTTSB terpaksa mengadakan aturcara alternatif sebagai ganti, AGTTSB tidak bertanggungjawab untuk memastikan bahawa aturcara alternatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai yang serupa dengan aturcara asal yang diganti.
PENGINAPAN HOTEL
1. Klasifikasi Penginapan
Taraf bintang hotel yang dinyatakan di dalam mana-mana iklan, brosur atau surat menyurat daripada AGTTSB adalah pentarafan yang diberikan oleh pihak hotel tersebut kepada AGTTSB sebagai rujukan sahaja. Pentarafan hotel dan jumlah bintang mungkin berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain. AGTTSB tidak boleh memberi sebarang jaminan tentang kesesuaian hotel tersebut mengikut pentarafan hotel seperti yang diiklankan. Anda tidak boleh membatalkan pakej anda di atas alasan kekhilafan pentarafan hotel.
2. Perubahan Hotel
AGTTSB berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej di atas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik dengan syarat notis awal dimaklumkan kepada anda sekurang-kurangnya 24 jam dari tarikh masuk ke hotel tersebut. Sekiranya berlaku, AGTTSB tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik. AGTTSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi sebarang masalah yang timbul akibat daripada penggantian hotel penginapan tersebut.
3. Polisi Hotel
Polisi mengenai waktu kemasukan (check-in) hotel penginapan adalah berbeza mengikut polisi hotel berkenaan. AGTTSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat daripada kuatkuasa polisi check-in dan check-out hotel berkenaan.
4. Jenis dan klasifikasi bilik
Jenis dan klasifikasi bilik termasuk ameniti (kemudahan) yang disediakan di dalam bilik tersebut adalah berbeza mengikut hotel dan negara destinasi. AGTTSB tidak memberi jaminan bahawa bilik penginapan anda akan sama seperti yang digambarkan di dalam iklan atau brosur kami. AGTTSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari perbezaan jenis dan klasifikasi bilik yang anda terima atau disebabkan oleh kekurangan ameniti yang ada di dalam bilik tersebut.
PERLINDUNGAN INSURANS PERJALANAN TAMBAHAN
AGTTSB hanya menyediakan perlindungan takaful berkelompok yang terhad seperti yang dinyatakan di dalam brosur. Sepertimana peruntukan peraturan 12 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, anda adalah sangat disarankan untuk mengambil insurans perjalanan tambahan untuk melindungi perjalanan anda. Anda bebas memilih syarikat insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda dan jenis perlindungan yang terbaik untuk diri anda.
Apabila anda memilih untuk tidak mengambil insurans perjalanan tambahan, ianya bermaksud anda telah mengetahui dan bersetuju untuk menerima liabiliti dan risiko penalti pembatalan, gantirugi dan perbelanjaan tambahan di luar jangkaan termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan kecemasan perubatan semasa perjalanan.
Sekiranya anda telah membeli insurans tambahan, anda adalah dinasihatkan supaya menyemak semula terma-terma yang terkandung di dalam polisi insurans tersebut bagi memastikan bahawa perlindungan yang diperolehi mencukupi.
AJAQ GLOBAL TRAVEL & TOURS SEBAGAI PIHAK KETIGA/ PIHAK BERKECUALI
AGTTSB adalah hanya perantara di antara anda dan syarikat-syarikat penerbangan, hotel penginapan, pengangkutan dan/atau pembekal perkhidmatan (ground supplier). AGTTSB adalah bukan pemilik atau pengendali mana-mana syarikat penerbangan atau pengangkutan, hotel penginapan atau mana-mana tempat lawatan atau mana-mana pembekal yang berkaitan dengan pakej anda.
Oleh yang demikian AGTTSB tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kehilangan, kerosakan, kelewatan, kesusahan atau kecederaan yang menimpa anda akibat daripada pecah kontrak, peninggalan sama ada disengajakan atau tidak atau kecuaian oleh syarikat penerbangan, syarikat hotel penginapan syarikat pengangkutan dan pembekal perkhidmatan (ground supplier).
Anda adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti syarat-syarat dan terma tambahan ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah atau percutian AGTTSB.
Syarat-syarat dan terma ini adalah tambahan kepada peruntukan terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
Ianya tidak mengurangkan kuatkuasa peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dan di mana terdapat sebarang percanggahan, terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 adalah terpakai. Sebaik Sahaja anda membayar deposit dan / atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah atau percutian AGTTSB, anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak AGTTSB dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua syarat-syarat dan terma-terma tambahan ini.
PENGESAHAN MAKLUMAT BUTIRAN PAKEJ YANG BETUL
Anda dikehendaki menyemak maklumat mengenai pakej yang ditempah sebelum membuat pembayaran deposit termasuk tetapi tidak terhad kepada harga pakej, tarikh penerbangan pergi dan balik dan waktu berlepas dan ketibaan, pakej yang dipilih termasuk hotel penginapan dan jenis bilik yang dipilih dan lain-lain maklumat seperti yang tertera pada resit pembayaran dan / atau surat pengesahan.
Anda adalah dianggap telah bersetuju dengan semua maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau kos tambahan pada pakej anda sekiranya anda gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan di dalam butiran pakej anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit atau surat pengesahan dikeluarkan.
KETEPATAN BUTIRAN ATAU MAKLUMAT PERIBADI SEMASA PENEMPAHAN PAKEJ
Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda beri kepada AGTTSB adalah maklumat yang akan diguna pakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang anda langgani. Anda dikehendaki menyemak semula butiran/ maklumat peribadi sendiri sebelum membuat pembayaran deposit dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat diberi adalah dianggap benar dan muktamad.
AGTTSB tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat daripada kesilapan butiran maklumat peribadi yang anda beri.
Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan anda sebelum membuat pemabayaran deposit. AGTTSB berhak untuk menolak tempahan anda sekiranya tahap kesihatan anda didapati membahayakan kesihatan dan keslematan diri sendiri atau mengurangkan keselesaan dan keseronokkan anggota lain di dalam kumpulan pelancongan anda.
Sekiranya anda memerlukan bantuan disebabkan oleh tahap kesihatan anda, anda diwajibkan membawa ahli keluarga yang lain untuk membantu anda sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubat-ubatan sendiri.
AGTTSB tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga anda secara peribadi atau memberikan ubat-ubatan sekiranya anda sakit. Sekiranya keadaan anda memerlukan penjagaan secara peribadi. AGTTSB berhak mengenakan bayaran tambahan kepada anda bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga anda.
PEMBAYARAN PAKEJ
AGTTSB hanya menerima pembayaran secara tunai, draf bank atau cek persendirian. AGTTSB berhak menahan penempahan pakej anda sehingga penunaian bayaran deposit melalui draft bank atau cek persendirian anda. AGTTSB tidak bertanggungjawab sekiranya pakej yang anda telah habis dijual akibat kelewatan penunaian draft bank atau cek persendirian anda.
Bagi pembayaran pakej yang kurang dari 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan. AGTTSB berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian dan sekiranya tiada pembayaran pakej secara tunai dibuat, boleh mengakibatkan pakej anda terbatal secara automatik dan mana-mana bayaran pakej yang telah dibayar dilucutkan mengikut Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
TIKET PENERBANGAN
Pakej anda adalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA Terminal 1 / KLIA Terminal 2 ke destinasi yang dituju sahaja tetapi tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA Terminal 1 / KLIA Terminal 2. Walaupun surat pengesahan berserta jadual penerbangan anda telah dicetak, jadual tersebut masih tertakluk kepada pindaan oleh syarikat penerbangan. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pindaan jadual penerbangan, AGTTSB tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menanggung sebarang gantirugi termasuk tetapi tidak terhad kepada menggantirugi bayaran perubahan tiket domestik, hotel tambahan atau lain-lain kesusahan akibat dari pindaan tersebut. AGTTSB juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi yang timbul akibat dari pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah mekanikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan/ kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan / atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.
TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN, DEPOSIT DAN PEMBATALAN PAKEJ UMRAH
Sebarang pertanyaan mengenai pakej ibadah umrah boleh terus menghubungi kami di whatsapp yang disediakan.
Kami di syarikat AJAQ Global Travel and Tours memberi focus yang tuntas untuk membawa Jemaah ke serata dunia dengan pakej EduTrip…
Alamat Pejabat Urusan AJAQ Global Travel and Tours
Masukkan emel anda untuk terus mendapatkan info-info terkini.
All Right Reserved 2022. Develop by Ansoftmedia